Tuesday, October 26, 2010

Taman Rekreasi & Zoo Mini Kemaman


Taman Rekreasi & Mini Zoo terletak di Bukit Takar, Kemaman merupakan produk baru pelancongan di Terengganu. Zoo yang seluas 15 hektar ini mengandungi 200 jenis haiwan yang boleh kita tonton secara dekat.


Selain mengandungi binatang, zoo ini juga mempunyai pondok-pondok yang cantik dengan rekabentuk berciri rimba. Pondok ini tempat pelancong berehat sekejab setelah penat berjalan melihat haiwan yang terdapat dalam sangkar ini.


 Surau dan gerai makan di sediakan untuk kemudahan pelancong supaya lawatan lebih selesa dan tidak terganggu. Mereka akan dibawa dengan tram ke tempat-tempat yang menarik di sekitar zoo ini.


Apabila berada di zoo ini, anda akan dapat melihat spesis burung, harimau, beruang, ikan naga dan sebagainya. Selepas ini kita akan melihat apa yang terdapat dalam zoo mini ini.


INFO

Pemilik
Majlis Perbandaran Kemaman
09 859 7777/7700

Lokasi
Melalui Jalan Air Putih menuju ke Kampung Ibok. .
Jarak
170 km dari Kuala Terengganu
10 km dari Chukai

Bayaran Masuk
Dewasa - RM10.00 seorang
Kanak 12 tahun ke bawah - RM 7.00 seorang
Pelajar Sekolah Beruniform - RM 5.00 seorang

Waktu Operasi
10.00 pagi - 5.00 petang

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Muzium Negeri Terengganu

Ini adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Ia dibina dengan landskap taman yang indah, dan mengembalikan kegemilangan Terengganu yang kaya dengan sejarah budaya yang kekal sehingga ke hari ini.

Terletak di atas 27 hektar tanah di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini menyerlahkan senibina yang menarik mendapat inspirasi dari istana lama di Terengganu.

Ia menempatkan sebuah muzium utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam.

Muzium utama mempunyai galeri yang mempamerkan tekstil, teknik anyaman, senjata tradisional, perkembangan petroleum, seni Islam dan banyak lagi.


Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 15 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada kapas yang merupakan sejenis pokok yang bunganya boleh dijadikan kain atau kain kapas. Warna kapas ini berwarna putih.
Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.
Pulau Kapas disebut oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut:

"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."
Kita boleh pergi ke Pulau Kapas melalui jeti di bandar Marang, Terengganu.


Keistimewaan

* Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan maritim dengan hidupan laut yang cantik dan asyik.
* terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam , sesuai untuk penggemar scuba diving
* Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.

 Penginapan

* Tanco Resorts Bhd , Pulau Kapas, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu ( 09-626 2068 )
* Beautisland Resort Sdn Bhd , Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu (09-626 4716 )
* Mamat Jusoh , Makcik Gemuk Beach Resort, 21600 Pulau Kapas, Terengganu (09-624 5120 )